GILA bukan sebarang GILA, GILA datang dari Siluman, GILA bukan memanjang GILA, GILA selang seli siuman


Thursday, April 21, 2011
soalan dua

Who are you?
 

Who am I? Gila general punya soalan. Ni kalau jawab betui-betui mau 4 hari 4 malam baca tak habih. Pakat termuntah baca karangan berjela aku. Tapi takpe. Aku cuba buat seringkas yang aku mampu.
 

Saad Nordin dilahirkan pada tanggal 20 November 1977 dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga miskin yang mana ibu dan bapanya bekerja mengambil upah menoreh getah di estet milik orang Cina. Saad adalah anak kedua daripada dua beradik, hasil perkongsian hidup Nordin dan Khalijah. Seorang lagi ialah kakaknya yang berbeza umur sebanyak 5 tahun. Memandangkan dia dilahirkan di dalam keluarga miskin, Saad telah dilatih untuk berdikari dan diajar untuk bekerja dan hidup dalam serba kekurangan sejak kecil lagi.

Ketika kanak-kanak lain seronok bermain, Saad pula sibuk menolong ibu-bapanya mengutip getah sekerap walaupun pada ketika itu dia baru berumur enam tahun. Disebabkan kurang bergaul dengan rakan sebaya, Saad menjadi seorang yang pendiam dan pasif. Saad lebih suka bermain bersendirian dan dunianya hanyalah ibu, ayah dan kakaknya.

Menginjak ke umur tujuh tahun, saad dihantar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jeniang yang jaraknya lebih kurang tiga kilometer daripada rumah mereka. Ketika inilah baru saad mengenal apa itu syurga dunia. Skema tak karangan aku? Haha.. Dah.. Cukup.
 

Masuk ja sekolah, baru aku tau aku takde la susah sangat. Ramai lagi kawan-kawan aku yang susah. At least bapak aku mampu ja bayar yuran tiap tahun. Boleh pulak bapak aku bagi sehari singgit untuk pergi ke sekolah. Singgit tu termasuk lima kupang tambang bas dan lima kupang buat makan. Ramai lagi kawan-kawan aku yang pergi sekolah tak bawak duit dan cuma harap bekal dari rumah. Aku kadang-kadang bawak bekal, dan lima kupang tu bukannya aku nak simpan. Aku buat beli ding dang. Menatang ni memang favourite aku masa tu.

 
Lepas sekolah rendah, aku masuk Maktab Mahmud. Kalau orang sebelah utara ni tau sangat sekolah ni. Nak masuk sekolah ni jenuh jugak la. Masa tu setahun dia ambik 300 orang saja. Application beribu-ribu. Siap ada temuduga lagi. Lancar baca quran, boleh menulis jawi dan terer matematik cukup dah nak masuk sekolah ni. Aku sebenarnya lepas sekolah rendah tak mau dah nak belajar. Aku nak kerja. Tapi tu lah. Mak bapak aku suruh aku cuba apply Maktab Mahmud. Tup-tup dapat. Dah dapat tak mampu la nak tolak sebab nak masuk sekolah tu bukannya senang.

 
Macam tak syok pulak nak cerita pasai sekolah. Pape hal pun sekolah ni lah yang bagi aku banyak pengalaman. Korang ada sekolah yang boleh pergi sekolah ikut suka pukul berapa nak pi? Balik ikut suka nak balik. Time rehat berduyun keluar pekena roti canai kat luar. Tu lah sekolah aku. Tapi budak-budak dia bijak-bijak belaka. Kebanyakannya bersekolah sampai form three sajork, then pindah ke sekolah lain yang lebih baik. Aku pun dapat gak MRSM Pengkalan Chepa. Tapi aku tolak. Gila bai. Tak rela aku nak bangun pagi pergi kelas, lepas tu nak kena study ikut jadual. Saja-saja nak bagitau, aku kena belajar 23 mata pelajaran. Ko ado?

 
Habis Maktab Mahmud, aku masuk matrikulasi UKM. Masa tu aku ada dua option. UKM atau Mesir. Dah dasar pentingkan dunia, aku pilih UKM. Ambik ko dua tahun setengah dok UKM aku kena buang universiti. Haha.. PNGK (CGPA) bawah dua pointer tiap semester. Masuk semester ke tiga terus kena tendang. Mau ke tak, orang pi kuliah, aku hentam membuta. Kuliah tak pi, tapi exam tak pernah miss. Malam-malam sibuk buat part time jadi steward di Hotel Equatorial Bangi. Siang-siang gila main snooker dan habihkan duit dekat mesin kuda. Gila lagho aku masa tu. Cup.. cup.. kang ada lak yang tak tau keje steward nih. Keja dia ialah basuh pinggan, sapu sampah, mop lantai dan buang sampah. Kira kerja paling cikai kat hotel.

 
Wahh.. Dah panjang. baru masuk umor 20 tahun. Ada lagi 14 tahun to go. Ok sambung.
 

Mak bapak aku punya la bising time ni. Gila ko. Tak pernah ada kalangan sedara aku kena buang U. Aku sorang jerk. UPSR 4A, PMR 7A, SPM pun orait gak sampai boleh masuk U, tup-tup sekerat jalan kena tendang. Mak bapak aku tak tau, yang sebelum-sebelum tu nasib baik belaka. Semua study last minute. Kat universiti ko buat camtu memang lingkup la.

Aku tak berani balik kampung. Aku keje kilang plastik kat Bangi. Gila dowh masa ni. Memang hidup melarat. Sampai satu tahap duit takde, beli roti lima posen kongsi dua orang. Kena tolak motor sebab minyak habis tu perkara biasa. Mana la hilang member aku yang sama-sama susah ngan aku time ni? Korang kenal Muhammad Joni? Budak kelantan. Entah hidup entah dah mati.

 
Ada masa lagi nih nak sampai pukul 11. Ok aku sambung.

 
Bapak aku bagi kata dua kat aku. Balik kampung segera atau dia turun KL cari aku. Haha.. Sadis. Tak cakap banyak, aku berenti keje balik kampung. Duit gaji kerja kilang plastik pun dapat separuh je. Memang sedih time ni. Balik kampung tengok mak ayah aku kerja teruk buat aku insaf. Mak ayah aku tanam ubi keledek masa ni. Meleleh gak air mata aku tengok mak ayah aku berpeluh tengah panas korek ubi. Pastu tengok ayah aku tanggung seguni ubi nak bawak pi jual memang aku teringat sampai sekarang.

 
Enam bulan aku kena kuarantin kat kampung. Semua keje aku buat. Kalau tak ke sawah, aku pi tolong mak ayah aku kat kebun. Kadang-kadang aku tolong sepupu aku ambik upah buat rumah orang. Dari pagi sampai petang aku kerja. Takde rehat. Memang hitam pekat aku masa ni. Daripada aku sedih aku tengok mak ayah aku kerja, bertukar jadi mak ayah aku pulak tersentuh tengok aku kerja.

Selepas dapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang tua, aku mintak nak pi kerja di Langkawi. Kakak aku ada sana. So mak bapak aku tak risau sangat. Ada orang boleh tolong tengok-tengok kan aku. Aku sambung kerja aku sebagai peramugara mesin basuh pinggan. Aku kerja di Pelangi Beach Resort sekejap then pindah pi Sheraton Perdana. Dekat setahun jugak aku bertapa di Langkawi sebelum aku mintak kebenaran nak ke KL semula. Alasan aku, aku nak sambung study dan sambil-sambil tu buat kerja part-time. Aku kan dah berubah jadi insan berguna, so tiada kompromi dan konfrontasi, aku dibenarkan kembali ke KL.

 
Aku kerja di Mc Donald Bangi, dan waktu yang sama buat part time di Equatorial Bangi. Lepas tu aku tukar pulak full time hotel dan part time Mc Donald. Nampak tak betapa dedikasinya aku bekerja sampai boleh tukar keje ikut suka. Sempat beberapa bulan je aku keje, aku dapat tawaran masuk UiTM. Yeihoo.. Aku dapat peluang kedua.

Sekian sahaja dari saya. Masa begitu mencemburui saya dan saya cuma sempat bercerita sampai umur saya 22 tahun. 12 tahun lagi biarlah terus jadi rahsia.. ok.. Chow.


Posted at Thursday, April 21, 2011 by blokdrive
Comments (7)  




Thursday, April 14, 2011
soalan satu

1. short term goal for this month and why?
  

banyak benda aku nak buat. maklum la sejak aku berhijrah balik dok kampung, semua kerja jatuh atas batu jemala patik. bila banyak kerja, banyak la kerja yg tak dapat siap dan maka banyak la jugak matlamat dan cita-cita nak siapkan kerja-kerja tersebut. paham ke tak ni? hahaha.. lantak korang la. janji aku paham.

 
eh sat. goal ni boleh banyak ker nak satu je? apa beza goal dengan objective? apa beza goal dengan target? tu la.. lain kali bagi soalan dalam bahasa melayu. kang tak pasai orang mintak goal, aku pi jawab ntah hapa-hapa.
 
hah ni dia..
 

1. aku nak setelkan kerja-kerja meracun rumput. gila betul kalau tengok kebun pisang aku. rumput dah paras dada. kalau orang lalu sebelah kebun aku mau confuse aku tanam rumput ke tanam pisang. mak aku sampai tak berani dah nak masuk kebun. takut ular buat sarang kat dalam tu. so far aku dah siap meracun setengah 2 minggu lepas. lagi setengah tu aku nak setelkan by this month.

 
2. nak sulam anak kelapa sawit. aku ada tanam pokok sawit sebelah kebun pisang aku. actually, bukan aku yg tanam. aku upah orang tanam. cilakak betui geng yg aku upah ni. aku dah bagi duit utk 230 pokok. sekali diaorang order 200 pokok je. lagi 30 pokok konon nak hantar kemudian. sampai ke sudah tak hantar. nasib baik upah tanam aku tak bayar habis lagi. so aku tolak la lagi 30 pokok dengan upah diorang tanam. kira aku takde rugi apa-apa la. cuma aku nak kena pi beli sendiri dan tanam sendiri. dah nak masuk empat bulan, lagi 30 pokok tu tak tertanam jugak lagi. maka dengan itu, matlamat saya pada bulan ini ialah untuk tanam pokok kelapa sawit bagi habis.

 
3. aku nak ketuk dan cat bonet kereta aku. yang ni pun dah lama tertangguh. lebih kurang setahun yg lalu, di hening pagi ketika daun nyior melintok-lintuk ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, ketika mana sang petani baru saja melabuhkan punggung di pinggir kali melepaskan lelah, gegeganggg!!! kereta wira aku cium tong sampai. alaa.. tong sampah bandaran yg besar gedabak tu. macam mana ntah aku reverse tak nampak tong sampah tu. barai sebelah lampu belakang sekali dengan signal. aku dah ketuk dan ganti lampu. cuma tak cat je lagi. tapi tukang ketuk tu, aku tak tau la dia memang jenis buat kerja tak sungguh-sungguh atau dia sengaja nak perdajei aku, 2-3 bulan kemudian baru aku perasan ada air hujan masuk ikut lampu belakang. dan sampai sekarang la air dok bertakung dekat tempat simpan spare tyre. dah boleh bela ikan. spare tyre pun dah tengelam dok dalam air.
 
4. aku nak berpendapatan 7k bulan ni. kalau tak silap aku dah nak masuk 6 bulan pendapatan aku bawah 5k. konon-konon tak mau bagi jatuh bawah 5k. tapi apa kan daya. kita hanya berusaha tapi ketentuan rezeki tetap hak rabbul alamin. mungkin sebelum ni tak cukup bersungguh-sungguh. insyaAllah untuk bulan ini, saya berazam untuk lebih rajin, bangun tido lebih awal dan kerja overtime demi mencapai goal saya untuk berpendapatan 7k.
 
adios amigos!


Posted at Thursday, April 14, 2011 by blokdrive
Give your comment here  




Tuesday, March 29, 2011
entri 2011

 

  1. hari ni hari jadi puan munirah. happy birthday! semoga panjang umur, murah rezeki dan dapat apa yang di hajat. terima kasih kerana sudi jadi isteri saya.

  2. lepas puan munirah dan Iman keluar pagi tadi, aku dok melengung sorang-sorang pikir nak buat apa. plan asal nak meracun. rumput dah pun ke paras pinggang. cuaca pulak macam tak berapa nak mengizinkan. hajat meracun terpaksa aku bantutkan.

  3. mak ke langkawi petang semalam. tinggallah kami tiga beranak. memandangkan daun getah baru memucuk, hujan pulak turun tak renti-renti, aku cadangkan mak pi bercuti ke sana. nak motong memang tak boleh sekarang ni. kalau boleh motong pun, getah memang tak banyak. tunggu daun keluar semua baru getah ada balik.

  4. masuk bulan mac tahun ni bermakna dah genap setahun aku berkecimpung dalam bidang pemasangan internet jalur lebar. haha.. ayat tak boleh blah. kira ini yang jadi sumber pendapat aku selama pindah balik dok kampung. lumayan jugak la. setakat ni tak pernah lagi pendapatan aku kurang daripada gaji aku masa jadi system engineer dulu.

  5. projek ayam kampung aku dah stop lepas kena serangan penyakit hujung tahun lepas. daripada lebih 50 ekor, tinggal 5 ekor je.

  6. projek pisang masih berjalan. sudah pun keluar hasil. tapi tak dapat seperti yang di target. kira pi kira mai, aku macam tak buat untung pun. modal dah keluar lebih RM5000, hasil baru dapat dalam RM200. target aku dulu, bulan mei 2011 aku dah boleh dapat balik modal. kalau dalam dua bulan ni aku dapat RM1000 pun dah kira mujur.

  7. aku dapat satu email bertanya kalau dia nak letak iklan kat belakang teksi berapa aku nak caj. macam aku pulak yang bawak teksi. huhu.. aku ada iklan perkhidmatan teksi untuk abang kepada abang ipar aku. nak kena tanya geng drebar teksi dulu berapa nak caj. kalau jadi, makna kata aku dah berjaya bagi pendapatan tambahan untuk diaorang.

  8. hujan masih lagi turun. tunggu zohor kejap. lepas ni hujan-tak-hujan pun aku kena keluar jugak. time-time macam ni la baru rasa syok makan gaji. hujan-tak-hujan gaji tetap jalan.

  9. aku rasa ayat aku macam haram je. haha.. gila lama tak berupdate!



Posted at Tuesday, March 29, 2011 by blokdrive
Give your comment here  




Friday, December 17, 2010
definisi orang kaya

 

Orang kaya ialah orang yang mempunyai Astro di rumah mereka. Sekian.

 


Posted at Friday, December 17, 2010 by blokdrive
Comments (3)  




Monday, November 22, 2010
godek-godek

 

Selepas hampir sejam godek sana godek sini akhirnya keluar jugak kandungan blog aku. Sebelum ni kalau bukak cuma keluar page title. Lepas tu tunggu la seminggu pun haram apa tak keluar.

Habis design aku yang sebelum ni. Terpaksa tukar template baru baru berjaya.

Rasa macam nak merajuklah dengan blogdrive. Blogspot sedang melambai-lambai tangan.

 


Posted at Monday, November 22, 2010 by blokdrive
Comments (2)  




Thursday, November 18, 2010
blogdrive main kotor

 

Dekat dua minggu blog aku tak boleh nak bukak. Bukak keluar title je. Contents haram tak keluar. Aku rasa ni taktik kotor blogdrive nak suruh aku update blog.


Pejam celik, celik pejam, dah setahun lebih aku balik duduk kampung. Daripada masa puan Munirah tengah memboyot, sampai sekarang anak aku dah pun nak masuk sepuluh bulan. Cepat betul masa berjalan.


Cilakak betul.. Aku tak tau nak cerita apa..  Tapi nak update jugak.


Gila bosan hari ni. Puan Munirah dan anak jantan sorang aku tak ada. Dua-dua mereka beraya di Jerteh. Puan Munirah ambik cuti seminggu. Sana korban, sini korban. Cara terbaik, sorang raya sana, sorang raya sini. Takdak sapa nak kecik ati. 


Taip padam taip padam.. Adeh la.. Dah tak reti nak menulis dah aku ni.. Chow weh..

 


Posted at Thursday, November 18, 2010 by blokdrive
Give your comment here  




Thursday, October 14, 2010
harga getah sekerap

 

Aku baru balik jual sekerap. Untuk kali pertama sepanjang karier aku selama setahun setengah balik dok kampung, harga getah sekerap naik jadi RM5 sekilogram. Gila kaya mak aku.

 

Ayat tak boleh blah hari ni:

"Lawanya sekerap depa.. Putih macam boleh makan" - Makcik mana ntah tengok sekerap yang aku jual.

"Mana pi budak-budak curi sekerap. Kena tangkap dah paa.." - Mak aku. Heran bulan ni sekerap tak kena curi lagi.

 


Posted at Thursday, October 14, 2010 by blokdrive
Give your comment here  




Sunday, September 26, 2010
cerita getah sekerap

 

Sepanjang bulan posa, dua kali getah sekerap aku ghaib kena curi. Cilakak betul. Sekali curi 50kg. Dua kali mau dekat RM500 jugak pencuri tu dapat. Aku cuba bersangka baik. Mungkin pencuri tu terdesak nak pakai duit nak beli baju raya anak-anak.

Lepas raya, aku baru sempat menoreh tiga hari sebab hujan. Kalau hujan memang tak dapat la nak menoreh. Yang cilakanya, dua kali kena kebas. Aku sempat jual sekali je. Empat kali lesap, dekat seribu jugak pendapatan pencuri tu hasil memerah keringat mencuri di kebun getah aku.

Itu baru cerita kebun getah aku. Kebun jiran-jiran aku sama jugak. Kalau buat kira-kira, dalam satu malam pencuri getah sekerap boleh dapat lebih seribu ringgit. Gila kaya!

 


Posted at Sunday, September 26, 2010 by blokdrive
Give your comment here  




Thursday, September 23, 2010
dokumen untuk buat pinjaman bank

 

Standard documents required to apply for Property Financing / Loan:

Salary-earner:

  1. NRIC of applicant(s)
  2. Latest 3 months salary slips
  3. Latest 2 years J Form/ EPF Statements
  4. Contract of Sale
  5. Latest Employer Confirmation Letter
  6. Latest supporting bank statements (3-6 months)


Business Owner:

  1. NRIC of applicant(s)
  2. Latest company bank statements(6 months)
  3. Form 24/49/D
  4. Company Profile/ M&A
  5. Valid Lincense
  6. Contract of Sale

Gua seorang penoreh getah. Slip gaji takdak. Company profile pun takdak. Macammana mau apply loan?

 


Posted at Thursday, September 23, 2010 by blokdrive
Give your comment here  




Wednesday, September 22, 2010
sukatan tanah - nota untuk diri sendiri II

 

Satu relong berapa ekar? Satu ekar berapa kaki persegi? satu hektar berapa ekar?


1 relung = 30 976 kaki persegi
1 relung = 0.711 ekar

1 ekar = 43 560 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relong

1 hektar = 2.469 ekar
1 hektar = 3.471 relung


Kira lebih kurang la. Nak yang tepat sila rujuk ke pejabat tanah daerah masing-masing.

 


Posted at Wednesday, September 22, 2010 by blokdrive
Give your comment here  




Previous Page Next Page



   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed