Zbody>


No portion of this blog may be reproduced, in any form or by any means, without the express written permission of the copyright holders.
Names, characters, places, and incidents featured in this blog are either the product of the blogger's imagination or are used fictitiously.
Any resemblance to actual persons (living or dead), events, institutions, or locals, without satiric intent, is coincidental. Hehe...

   



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, July 01, 2009
Saad Kembali



Aku sampai Shah Alam pukul lima pagi tadi. Turun bas tepi Federal Highway. Menapak ke opis ambik kete. Sampai rumah. Bukak pintu. Oh..


Perjalanan yang panjang minggu lepas. Sabtu pagi gerak balik Terengganu. Pukul enam petang sampai di Jerteh.


Ahad tengahari gerak balik ke Kedah. Pukul tujuh petang sampai di Bukit Selambau.


Hari Isnin seharian meronda area Kulim. Cari rumah untuk disewa. Haram takde. Habis satu tangki minyak. Macam perjalanan KL-Terengganu.


Hari Selasa, sambung cari rumah. Tak dapat jugak.


Selasa malam bertolak balik Shah Alam. Sorang-sorang. Oh..


Posted at Wednesday, July 01, 2009 by blokdrive
Comments (4)  

Friday, June 26, 2009
Aiskrim Sedap HPA






Bagi yang meminati aiskrim, yang selama ini ragu-ragu akan sumber kandungannya, anda bolehlah mencuba aiskrim Toyyibah yang telah dikeluarkan oleh HPA pada bulan Mac 2009. Ada beberapa persoalan yang sering didengar dan ada juga rungutan tentang aiskrim ini.
Antaranya :-

  1. Kenapa aiskrim ni mahal? - kualiti asikrim ini adalah lebih tinggi berbanding kualiti aiskrim-aiskrim lain yang berada dipasaran dan yang paling penting adalah ia aiskrim yang mengandungi sumber yang halal. Tanpa Gelatin.

  2. Gelatin tu apa? - gelatin adalah bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya unik. Kegunaannya diperluaskan ke dalam industri farmaseutika, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak dapat dihasilkan.


Terdapat 2 jenis gelatin. Gelatin 'Type A' kebanyakkanya didapati dari kulit babi. Gelatin 'Type B' pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan 'bovine' sperti lembu, kambing dan kerbau.

Bagi orang-orang islam, walaupun sumber gelatin itu dari sumber yang halal dimakan, harus dititik beratkan ia turut disembelih mengikut syarak.

Antara makanan mengadungi gelatin

  1. Konfeksionari (Coklat,gula- gula)
  2. Puding, kek dan pai
  3. Gummi, Jeli, pastil berperisa
  4. Yogurt, keju dan butter
  5. Aiskrim
  6. Pencuci mulut segera
  7. Gula-gula getah
  8. Produk-produk daging yang diproses

Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau pengikat. Walaubagiman baiknya gelatin, soal halal atau haram perlu dititik beratkan. Sebab itulah aiskrim Toyyibah tidak mengandungi gelatin.


Sumber: Kosmo Online & Halalgelatin.com.my





Serius tak tipu, memang sedap aiskrim ni. Aku dah try Koko dan Jagung. Mantap beb! Boleh lawan Baskin Robin. Haygen Dazz pun boleh jadi susah cari makan tak lama lagi. Magnolia, Nestle mintak maap la. Tak layak nak compare.


Harga 500 ml RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Harga 1.5 L RM8.00 untuk ahli dan RM10.00 bukan ahli.  Sapa berminat boleh e-mail aku, hpa@mis.my. Maklumat lanjut sila ke http://hpa.com.my


Nak jadi ahli? RM30 seumoq hidup . Tak kenai HPA? HPA ni la yang buat Kopi Radix,  yang bukak RFC (Radix Fried Chicken), lepas tu apa ntah lagi produk depa. Kebanyakan produk bertujuan nak pastikan orang Islam dapat sumber halal. Yang bestnya, bukan saja halal, siap boleh celen lagi dari segi kualiti dan rasa.


Ada lagi yang aku tabik spring. Pekerja dia pagi-pagi sebelum masuk keja kena sembahyang sunat dhuha dulu. Kalau di Jepun pagi-pagi depa exercise mengadap matahari, tapi di HPA depa exercise dengan sembahyang sunat. Tak tau betul ke tak. Dengar cerita macam tu la.



Ada bakat MLM tak aku? Hehehe.. Yang penting bukan kerjasama, tapi aku dah sampaikan bahawa ada aiskrim halal keluaran Melayu kat pasaran. Sekian terima kasih.


Posted at Friday, June 26, 2009 by blokdrive
Comments (9)  

Thursday, June 25, 2009
Saad dan Pembalasan Dendam



Aku benci nyamuk. Mak aku, bapak aku dan kakak aku kena Chikungunya. Sedara mara dan orang kampung Bukit Selambau lebih separuh dah kena pukulan Chikungunya.


Aku pernah kena transfer dari hospital Sik ke hospital Alor Setar gara-gara nyamuk. Oleh kerana bacaan platlet tinggal 12, doktor buat keputusan untuk masukkan darah dalam badan aku ganti air. Kalau tak okey jugak, Innalillah. Sampai mak aku nazar nak buat kenduri makan kambing la kalau aku hidup. Ini cerita lima tahun lepas ketika aku kena denggi.


Menatang sungguh kan spesis ni.


Hujung minggu ni aku balik kampung hantar Puan Munirah. Aku ambik cuti tambahan dua hari. InsyaAllah kalau berkesempatan, aku nak balas dendam.




Cara satu



Cara dua



Aku jugak dah praktis kaedah manual. Download  S I N I . Wish me luck for my revenge of the darkness in Bukit Selambau.


Posted at Thursday, June 25, 2009 by blokdrive
Comments (10)  

Tuesday, June 23, 2009
Menu Ikan Air Tawar


Menu ikan air tawar seminggu sekali

21/06/2009 11:20am

SHAH ALAM 21 Jun - Institusi kerajaan termasuk sekolah-sekolah berasrama diwajib menghidangkan satu menu ikan air tawar seminggu sekali.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, langkah itu diputuskan di dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan promosi ikan air tawar peringkat kebangsaan di Tapak Pasar Tani Mega berhampiran Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Sumber: Utusan



Nantikan kemunculan "ikan pekasam Bukit Selambau" dan "ikan puyu segar Bukit Selambau". Gua sudah tidak sabar-sabar mahu balik Kedah.



Posted at Tuesday, June 23, 2009 by blokdrive
Comments (5)  

Kemaskini



Masuk opis awal-awal pagi, kemudian update blog. Haha.. Bos aku patut bersyukur dapat surat resign aku petang nanti.


Jumaat lepas aku dan cik Girlfriend dua-dua orang MC. Aku pergi klinik seksyen 13, dia pergi klinik kat TTDI. Mungkin kali terakhir pakai kad medical UMW. Saja nak bagitau, medical card aku support bini dan anak-anak. Start bulan depan kalau sakit kenalah keluar duit sendiri bayar doktor. Best kan dapat MC. Tapi walaupun dapat MC, pukul sembilan aku masuk jugak opis. Ada meeting dengan vendor. Pukul 12 baru habis meeting. Ini kali ketiga aku cuti tapi masuk keje. Bos aku akan menangis dapat surat resign aku nanti.


Semalam, masuk opis, kerja bertimbun. Lepas tu kena pulak sindir-sindir dengan bos pasal vendor kat East Malaysia tak deliver job masa aku MC hari tu. Dan dan aku rasa macam nak bagi notis 24 jam.


Sekian kemaskini daripada saya tentang kenapa blog saya lama tidak dikemaskini.


Posted at Tuesday, June 23, 2009 by blokdrive
Comments (8)  

Thursday, June 18, 2009
Pendapatan Sampingan



Ini adalah pendapatan sampingan saya tahun ni. Baru tadi cecah sepuluh ringgit, lepas setengah tahun sign agreement dengan Nuffnang. Tunggu dua tahun lagi baru dapat claim.





Posted at Thursday, June 18, 2009 by blokdrive
Comments (4)  

Wednesday, June 17, 2009
Cerita Ikan Keli





KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.

Sumber: Kosmo


Jumpa cerita ayam tak sembelih, aku nak bela ayam. Jumpa cerita ikan tak halal, aku nak bela ikan. Banyak betul benda aku nak buat kat kampung nanti.


Patut la kan makin hari orang makin kurang ajar. Budak-budak sekolah makin hari makin susah nak didik. Rupa-rupanya mak bapak dok jamu makanan tak halal.

Ada orang Perak yang baru makan ikan keli? Ada tanya makcik kedai tu dia beli ikan keli dengan sapa? Hahahaha.. Bubar kolam ikan keli !!!


Posted at Wednesday, June 17, 2009 by blokdrive
Comments (6)  

Tuesday, June 16, 2009
Cakar Harimau






Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, serta suami isteri baru dan juga yang telah lama berumahtangga. Selain dari membawa senario cinta dari perspektif Islam buku ini menjadi panduan bagaimana menjadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanafaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan. Topik terhangat ialah teknik "Cakar Harimau" dan "Urutan Labah-Labah" yang popular di samping pelbagai tips, petua, doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan rumahtangga seharian (Click at picture for more details).



Aku beli melalui adikbijak.com pos terus ke rumah Shah Kambing Selam. Shah KS kawen dengan Linda. Dua-dua datang masa aku kawen kat Kedah. Time diorang kawen, aku pulak tak dapat datang. Sori geng. Salahkan tuan doktor. Tuan doktor tak benarkan saya dan isteri travel jauh-jauh.


Kepada sesiapa yang berminat dengan buku di atas, sila klik dan register sebagai ahli. Marilah kita jadikan tabiat membaca sebagai budaya hidup kita. Hehehe.. Promote jangan tak promote.


Posted at Tuesday, June 16, 2009 by blokdrive
Comments (6)  

Monday, June 15, 2009
Ding Dong Ding Dong






Ini yang buat aku sayang nak tinggal company aku nih. Huhu..


Tinggal sebulan lebih sikit sebelum aku "challow" balik kampung. Mood keje pun ding dong ding dong entah ke mana. Dalam kepala hotak aku cuma dok pikir projek-projek yang aku nak buat nanti.


Selepas ini, blog aku akan mula diselang-seli dengan iklan. Sori geng. Aku bakal jadi penganggur. Aku akan buat apa saja kerja yang boleh bagi aku income. Apa yang penting, bukan kerjasama. Tapi halal. Marilah kita memajukan ekonomi orang Islam. Takbir!


Nota: Gambar di atas tidak bersangkut-paut dengan bisnes yang aku buat. Nescaffe takde bayar aku pun. Kepada encik manager kilang Nescaffe, jika terjumpa blog saya, sila hubungi saya kalau nak bagi komisyen kat saya.


Posted at Monday, June 15, 2009 by blokdrive
Comments (4)  

Friday, June 12, 2009
Lagi Cerita Ayam Tak Halal



Campur ayam cucuk - Peniaga Alor Setar letak ayam halal, haram setempat



ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli ayam yang sudah diproses di bandar raya ini.

Ini kerana terdapat peniaga yang sengaja mencampurkan ayam-ayam yang disembelih secara halal dengan ayam dicucuk.

Perbuatan itu terbongkar dalam satu operasi Pemantauan Tempat Pembersihan Pemprosesan Ayam yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) awal pagi semalam.

Operasi itu juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar Alor Setar dan Jabatan Agama Islam Kedah.

Dalam operasi itu, sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha ayam proses di Pasar Besar Peremba di sini selain mereka diarahkan menghentikan perniagaan serta-merta.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, pihaknya mendapati ada pengusaha pusat penyembelihan ayam di pasar berkenaan tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

"Kami mengarahkan operasi dihentikan serta-merta selama 14 hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pengusaha terbabit," katanya.


Sumber: Kosmo



Ada lagi cerita macam ni. Haih.. Patut la gejala sosial makin berlambak. Patut la budak-budak makin keras kepala. Rupanya mak bapak dok jamu makanan tak halal.


Tiga bulan lagi, sapa nak makan ayam dijamin halal, sila ke Bukit Selambau. Bulan depan ada orang nak start bela ayam kampung. Mamat tu berhenti kerja dan balik kampung bela ayam dengan harapan umat Islam sentiasa dapat ayam dari sumber yang pasti halal. Bagus tak dia? Hehhehehe.. Doakan dia ye.





Posted at Friday, June 12, 2009 by blokdrive
Comments (2)  

Previous Page Next Page