|
Friday, July 10, 2009
Malam ni balik kampung lagi. Lama ahh tak jumpa Puan Munirah. Dah empat hari. :) Tiket bas tengahari nanti baru nak pi beli.
Tinggal lagi empat hari lagi untuk aku menabur bakti dekat UMW. Semalam bos mintak aku extend sampai hujung bulan. Dia nak bayar RM130 sehari based on gaji sekarang. Mintak maap encik Bos. Saya nak balik kampung.
Lori nak angkut barang dari Shah Alam ke Kulim dah dapat. RM200 only. Gila murah. Kebetulan aku dapat lori yang nak hantar barang dari sana ke sini. Bajet aku RM400. So, Puan Munirah mintak aku bayar lebih sikit kat abang drebar tu. Hold dulu kerja angkut barang. Rumah sewa kat Kulim takde lagi. Korang ada rumah sewa kat Kulim?
Penyewa rumah kat Bukit Jelutong pun dah dapat. Laki bini kawan Puan Munirah. Tuan rumah mintak aku carikan penyewa baru pasal kontrak aku menyewa setahun. Kalau tidak, burn deposit. Ampes betul. Lepas aku bagitau dah dapat penyewa, baru dia nak buat baik balik dengan aku. Siap plan nak bawak aku jumpa bapak dia kat Seremban. Bapak dia ni Datuk-apa-ntah, pencen, dan sekarang dok buat projek ayam, itik, kolam ikan kat ladang keluarga depa. Kaya dia nih. Tanah berpuluh ekar. Ada banglo sebijik nilai berjuta dekat Ampang Point. Bapak dia ni aku dah masukkan dalam list untuk projek jual beli tanah masa aku kat kampung nanti.
Semalam aku pergi opis lama aku untuk ucap selamat tinggal sambil ushar-ushar peluang bisnes. Sakan diaorang sekarang. Dah buat joint venture denga Pos Malaysia. Kalau korang terjumpa kedai yang dikacuk antara Pos Malaysia dan TM Point, dia lah tu. So, sekarang, selain daripada jual produk TM aku jugak boleh jual produk Pos Malaysia. Sapa nak pos barang, boleh cari aku.
Balik dari Seri Kembangan, lepak dengan vendor aku pulak. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku, aku akan jadi installer di bahagian Utara untuk satu company buat VOIP dan Discounted Calls. Minggu depan sign agreement. Aku mintak mamat Vendor aku tu ejas untuk maintain ISDN line kat Kulim dengan provider yang satu lagi pulak. Kalau dapat yang ni memang masyuk. Waktu yang sama, aku handle installation dan maintenance untuk company sekarang. Kira lepas ni, aku pulak jadi vendor untuk vendor aku tu. Senang cakap, dia pulak bagi job order kat aku instead aku yang bagi kat dia. Paham? Haha.. Lantak lah..
Sembang punya sembang, aku dapat tau mamat vendor aku ni background Electronik. Tak pasal-pasal dia dipaksa rela buat mesin penetas telur ayam automatik (inkubator) untuk aku. Yang ada banyak orang jual sekarang yang jenis manual. Letih arr nak pusing telur ayam sehari tiga kali. Kalau ada yang automatik senang sikit. Cukup tiga minggu, telur jadi anak ayam.
Semalam jugak aku bagi copy IC Fauzi Ali kat vendor aku tu. Cerita Fauzi Ali ada di sini, sini, sini dan sini. Encik Vendor aku ni dulu lagi nak tolong aku. Tapi aku kan dah report polis. Polis pun senyap je macam takde buat apa-apa. Tiba-tiba semalam encik Vendor tu tanya aku apa cerita kes rumah aku dulu. Dia nak cari mamat tu. Biar lah. Aku takde rugi apa-apa pun. Duit memang takde dah nak boleh dapat balik.
Besok balik kampung aku ingat nak survey pasaran limau kasturi. Macam best je. Dengar cerita tanam seratus pokok boleh dapat dua tiga ribu sebulan. Kalau betul, tambah lagi satu projek. Projek ikan puyu aku kena kensel pasal tanah aku time hujan lebat akan tenggelam.
Jumpa lagi hari Selasa depan. Isnin aku cuti. Bye Bye.
|
|