No portion of this blog may be reproduced, in any form or by any means, without the express written permission of the copyright holders.
Names, characters, places, and incidents featured in this blog are either the product of the blogger's imagination or are used fictitiously.
Any resemblance to actual persons (living or dead), events, institutions, or locals, without satiric intent, is coincidental. Hehe...
Merujuk kepada perbualan telefon sebelum ini, Saya memohon jasa baik tuan untuk memberi maklumat tentang penghuni rumah No ** Jln ****** Shah Alam (rumah tepi, dekat simpang)
Berikut adalah urutan peristiwa:
4/1/2009 – Bertemu En. Mohd ****** bin Ali di 7-Eleven Seksyen 13 ketika mencari iklan sewa rumah.
5/1/2009- Menerima panggilan daripada beliau menyatakan mempunyai rumah dengan sewa RM800 sebulan. Deposit 2 + 1 dan air letrik RM400. Saya dan beliau pergi melihat rumah di alamat No * Jln ***** Seksyen 13 Shah Alam. Menurut beliau rumah itu kepunyaan Puan Salmah, makcik beliau. Saya memberi salinan kad pengenalan saya kepada beliau untuk urusan surat perjanjian.
6/1/2009 – Membuat bayaran sebanyak RM2000 di dalam kawasan rumah No ** Jln ****** Shah Alam disaksikan oleh seorang rakan saya. Beliau memberi saya kunci rumah sewa dan baki sebanyak RM800 akan dibayar ketika menandatangani surat perjanjian pada 9/1/2009.
9/1/2009 – Bertemu di sebuah restoren di Seksyen 13 Shah Alam. Menurut beliau terdapat kesalahan pada surat perjanjian yang dibuatnya. Saya mendapatkan salinan kad pengenalan beliau dan ditandatanganinya. Juga dinyatakan bayaran RM2000 sudah dibuat dan baki akan dibayar pada 10/1/2009.
10/1/2009 – Bertemu di kawasan Brunsfield Riverview Apartment Seksyen 13 Shah Alam. Dengan disaksikan oleh seorang rakan saya yang lain, surat perjanjian yang saya buat ditandatangani. Saya membuat baki bayaran sebanyak RM800. Saya memulangkan kunci rumah sewa kerana menurut beliau, kunci asal sudah diberi kepada kontraktor.
Berdasarkan perbualan saya dengan beliau, beliau adalah seorang pengurus projek, bekerja di Plaza ****** Shah Alam dan terlibat dengan projek pemasangan CCTV untuk kerajaan Melaka. Rumah di seksyen * (tempat bayaran dibuat) adalah rumah beliau yang dibeli dengan harga 500K. Saya syak saya ditipu setelah mendapat maklumat bahawa rumah tersebut adalah milik tuan dan pada waktu yang sama saya gagal menghubungi beliau dan makcik beliau sehingga ke pukul 12.00 tengahari hari ini (16/1/2009).
Oleh kerana beliau mengetahui tempat saya bekerja (name card), tempat tinggal tetap saya (salinan kad pengenalan) dan juga alamat pasangan saya (kad jemputan kahwin), saya bercadang membuat laporan polis untuk jaminan keselamatan.
Saya dinasihatkan untuk menghubungi tuan dahulu sebelum membuat laporan polis memandangkan kedudukan tuan sebagai orang kenamaan dan mungkin sedikit sebanyak tuan boleh membantu saya dengan memberi maklumat dan nasihat.
Tuan boleh menghubungi saya di talian 019-*******dan 03-******** (pejabat). Sekian terima kasih.
Yang benar,
*Ujian sebelum kahwin. Huhu.. Aku tak jadi nak hantar surat ni lepas mamat tu call aku tadi dan dia nak jumpa aku petang ni. Kita tunggu tengok setakat mana dia nak tipu.
Posted at Friday, January 16, 2009 by blokdrive
blokdrive January 19, 2009 10:09 AM PST Aku memang perlukan bantuan ko.. Ramai lak orang terlibat. Nanti aku buat satu entry. Aku upload sekali IC mamat tu
cikin January 19, 2009 09:11 AM PST hoh, ape citer ni weih?
meh bagi nama mamat tu ngn IC no dia skali.
sabar bebanyak. coobaan.
blokdrive January 18, 2009 11:52 AM PST sudah dicross.. IC tu bukan masalah.. Masalah sekarang camne nak dapat balik RM2800.. Huhu.. Sadis betul.. Lepas kawen kena duduk asing sementara nak kumpul balik duit.. Adeh..
Aja January 18, 2009 08:40 AM PST lagi satu, kalau bagi salinan IC dkt org lain, sila cross atas IC tu.. dan tulis tujuan.. supaya copy IC tu tak digunakan utk tujuan lain plak ;)
blokdrive January 17, 2009 01:05 PM PST Terima kasih AD. Semuanya lancar sebelum ni. Sesekali dapat ujian, merasa jugak warna-warna kehidupan.
AD January 17, 2009 07:07 AM PST Hmm mmg dugaan lee tu ..Nak kawin kan macam2 dtg tiba2..Tapi harap bersabar sebab semuanya insyallah akan settle kan..Moga dipermudahkan segalanya.. Insyallah