Zbody>


No portion of this blog may be reproduced, in any form or by any means, without the express written permission of the copyright holders.
Names, characters, places, and incidents featured in this blog are either the product of the blogger's imagination or are used fictitiously.
Any resemblance to actual persons (living or dead), events, institutions, or locals, without satiric intent, is coincidental. Hehe...

   



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, August 07, 2009
Radix Bakery House






Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.




Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.

Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.



Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.

Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.



Sumber: Dunia Herba HPA


Aku online dari cyber cafe kat Kuala Ketil. Gigih tak? Tunggu rumah masuk Streamyx baru syok buat entry baru.


Posted at Friday, August 07, 2009 by blokdrive
Comments (8)  

Thursday, July 23, 2009
Sekiranya Mereka Tahu



Gua copy bulat-bulat dari e-mail. Sumber gua tak tau.


Tajuk: Sekiranya Mereka Tahu

Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu, akan membentuk hati-hati mereka, nescaya mereka akan menghargai HPA. Sekiranya mereka tahu perangai anak-anak mereka terbentuk dari makanan yang dimakan, tentu mereka akan memperjuangkan produk hpa. Sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih berharga dari emas dan batu permata, nescaya mereka akan mencari herba dan penawar.

HPA menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda. HPA juga menawarkan makanan harian yang halal dan toyibba untuk suapan anda. HPA meneroka produk yang dahulunya kita tak ada alternatif, sekarang dah ada Radix Fried Chicken. Ia bukan sekadar cerita ayam goreng. Ia adalah kisah dan simbolik perjuangan. Sebelum ini kita disajikan ayam goreng amerika, gaya hidup amerika. Orang kita meniru hampir ke semua budaya uncle sam ini. HPA datang membawa perubahan. Tinggalkan budaya orang lain, mari berbangga dengan hidangan kita. Ia bukan sekadar cerita halal saja. Lebih dari itu, ia lebih baik, lebih berkhasiat dan lebih mengingatkan insan pada Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan yang juga mencipta ayam.

Orang berniaga, HPA juga berniaga tanpa riba. Bukankah Allah mengistihar perang pada pengamal riba. Tidakkah anda rasa nak tolong syarikat yang menjalankan perniagaan. Tak terpanggilkah kita untuk berperang dengan sistem riba, kerana sistem ribalah ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau. Di HPA, perniagaan dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian ahli-ahli HPA. Tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya. HPA mengekalkan sehingga kehari ini, tanpa riba, tanpa berperang dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.


No Ahli Aku: 454042.MY01

Yuran RM30 seumur hidup. Nak jadi ahli boleh email aku ke: hpa@mis.my. Nanti aku guide camne proses nak daftar.

Sekian terima kasih.


Posted at Thursday, July 23, 2009 by blokdrive
Comments (5)  

Tuesday, July 21, 2009
Menang Hadiah Shell



Aku dapat dua SMS yang sama, pada hari yang sama, dari dua nombor yang berlainan.


SMS Pertama

"SHELL PROMOSI" TAHNIAH KADsim Anda tlh di pilih "SHELL.Sdn/Bhd" Berjaya meraih HADIAH UTAMA "RM15,000.00" Sila dail ditalian 014-5522997 TQ.

Sender: +60195377873
Sent: 16-July-2009 10:13:24

SMS Kedua

"TAHNIAH KADsim Anda tlh di pilih "SHELL.SDN.BHD" Berjaya meraih HADIAH UTAMA "RM15,000.00" Sila d@il ditalian 012-8617277 TQ

Sender: +60195320163
Sent: 16-July-2009 14:19:49



Gila.. Kaya aku kalau camni. Dalam satu hari saja aku dapat RM30 000.00. Haih.. Melampau betul. Ada lagi rupanya SMS macam ni.


Aku google pakai keyword "Tahniah KADsim Shell". Ambik ko berderet keluar blog cerita pasal benda ni.


Bukan ke nak beli simcard kena register? Bukan ke siap kena bagi IC copy lagi? Habih tu tak boleh ke nak detect sapa punya kerja dok menipu macam ni? Kalau orang kampung dapat SMS macam ni, mau melompat gembira menang duit Shell nak kasik. Lepas tu bila nak claim hadiah kena bayar kos proses dua tiga ribu.


Susah nak carik? Apa kejadahnya mintak copy IC masa aku beli simcard hari tu. Oh Malaysia ku yang terchenta..




Posted at Tuesday, July 21, 2009 by blokdrive
Comments (2)  

Friday, July 17, 2009
Cerita Bas


Tambang naik

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my





Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos

KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

Sumber: Berita Harian



Tu la korang. Aku suruh korang sokong BN korang tak nak. Tak pasal tambang bas dah naik kes Najib mengamuk BN kalah pilihanraya Manik Urai minggu lepas.


Betul ke kadar tambang tak pernah dinaikkan sejak Mei 2005?


Sejak Puan Munirah pindah ke Kedah, setiap minggu aku balik kampung naik bas. Tiga minggu berturut-turut termasuk malam ni. Harga berbeza-beza dari Shah Alam ke Sg Petani. Kali pertama RM40, kedua RM43 dan semalam aku beli RM40. Dari Sg Petani ke Shah Alam RM38. Aku rasa harga tiket bergantung dengan mood tukang jual tiket. Mood baik dapat harga standard, mood tak baik dapat harga cekik darah.


Mengikut pengalaman aku, yang menyebabkan pengusaha bas jadi miskin bukan sebab harga tiket murah, tapi sebab penjual tiket ambik kesempatan. Bukan penjual tiket saja buat pakatan, malah drebar bas turut bersekongkol melingkupkan pengusaha bas. Camne jadi camtu? Meh sini aku nak cerita. Kalau tak percaya, boleh pi try beli tiket dekat mana-mana kaunter Bas Konsortium di Seksyen 17 Shah Alam. Ambik bas hari Jumaat malam Sabtu pergi ke Sg Petani.


Pada hujung minggu, penjual tiket akan berpakat menyewa bas persiaran. Tiket akan dijual seperti biasa, menggunakan nama-nama syarikat bas terkenal, tetapi bila tiba waktu naik bas, penumpang akan diminta naik bas yang disewa oleh mereka. Biasanya penumpang hanya akan menurut sambil membebel dalam hati. Untuk kali pertama dan kali  kedua aku naik bas, memang berlaku perang mulut antara penumpang dengan penjual tiket, tetapi si penjual tiket buat muka toya je.


"Ko nak naik, ko duduk. Ko tak mau naik, ko boleh balik." Kalau dah kena sound macam ni, agak-agak penumpang nak bising lagi tak?


Kalau nak tahu samaada kita ditipu atau tidak mudah sahaja. Pertama sekali tengok bas. Kalau bas yang datang tak sama dengan gambar yang ditunjuk masa nak beli tiket, sah kena tipu. Konon-konon dapat bas VIP seat, yang datangnya bas yang seat rapat-rapat.


Nak confirm lagi, tempat duduk tak ditetapkan. Stail duduk adalan jenis bersepah-sepah. Duduk mana saja yang kosong. Kesian betul aku tengok pakwe makwe yang terpaksa split pasal lambat nak cup tempat. Melepas nak ringan-ringan sepanjang perjalanan.


Lagi, sebelum bas jalan, semua tiket akan dikutip. Bila takde tiket, semua penumpang dah jadi macam rombongan sekolah atau rombongan orang kampung melawat Putrajaya time-time dekat nak mengundi. Kalau bas terjun gaung, huh selamat semua. Takde syarikat bas yang boleh dipertanggungjawabkan.


Best kan jadi penjual tiket? Tak payah bayar gaji drebar. Tak payah bayar maintenance bas. Kalau agak-agak orang ramai, baru sewa bas. Yang melingkupnya si pengusaha bas.


Itu cerita penjual tiket. Drebar bas macammana pulak? Paling mudah, drebar bas pakat dengan penjual tiket bagi tiket palsu kat penumpang. Kalau harga tiket RM40, RM20 untuk penjual tiket, RM20 untuk drebar. Pengusaha bas keluar kos gaji, minyak, tol dan maintenance. Untung orang lain dapat.


Bilamana pengusaha bas takde untung, mula lah mintak kerajaan naikkan tambang. Hasilnya, baca berita kat atas. Oh... Oh Malaysiaku.



*** Tak tau apa nasib aku malam ni dapat bas tipu ke bas betul.


Posted at Friday, July 17, 2009 by blokdrive
Comments (4)  

Thursday, July 16, 2009
Cerita Ayam



"Gerak sekarang ada berani?"

"Aku takde hal. Anytime.."

"Cun. Sat aku ushar line"


Semalam aku masuk satu forum bincang pasal pertanian dan penternakan. Niat di hati nak tempah sebijik inkubator penetas telur ayam dengan otai-otai kat situ. Tiba-tiba ada seorang mamat mana ntah PM aku suruh aku add dia dekat YM. Kita bagi nama dia Adi. Dia nak ajar aku buat sendiri inkubator tu. Dia dah ada sebijik dan plan nak buat lagi satu.


Pung-pang pung-pang diskas pasal inkubator, satu resolusi dicapai. Aku kena beli termometer digital, termostat, adaptor 12V dan cari kipas CPU komputer. Lain-lain Adi uruskan. Time frame bermula rabu depan dan dijangka close project hari Ahad. JImat dekat RM200 banding kalau aku beli yang dah siap. Alhamdulillah.


Lepas tu Adi ajak aku pergi Dengkil. Dia nak beli anak itik. Alang-alang kat Dengkil, dia ajak aku pergi melawat reban sorang lagi member forum. Huhu.. Melawat reban mamat tu memang dah masuk dalam senarai aktiviti aku sebelum balik kampung. Memang betul-betul dipermudahkan Tuhan.


Pukul lima sama-sama cabut awal. Jumpa kat Shell KESAS. Aku park kete aku kat situ dan tumpang kete Adi ke Dengkil. First time jumpa nih. Tapi dia punya ramah boleh tahan. Ramah, ramah jugak. Bab dia bawak kete memang aku tak boleh tahan. Sekali dia ni kaki drift kete daa.. Dah pencen pun lepas dia kawen. Saki baki skill tu ada gak lagi. Kecut perut aku. Cilakak betul.


Rupanya Adi nak beli itik dengan sorang Apek. Kat sini aku realize something. Punya la power apek ni buat product position. Datang dari Segambut bawak lori. Setiap hari rabu petang dia akan park lori kat depan BSN Dengkil. Kira dia dah set 2-3 jam kat situ. Masa lain kat tempat lain. Cuba bayangkan, si Adi ni datang dari Shah Alam semata-mata nak beli itik. Dia tak kenal pun apek ni. Dia dapat tau pun dari orang lain. Dari mulut ke mulut je marketing strategy apek ni. Sampai dah set dalam kepala hotak geng pernternak area Klang Valley ni, nak cari anak ayam, itik, puyuh, cari apek ni. Masa aku sampai kat situ, dah ada 3-4 orang dok kerumun lori dia. Tak tau la dah berapa tahun dia buat keje ni sampai sebegitu glamour.


Lepas angkat lima ekor anak puyuh, lima ekor anak itik, kita orang gerak ke reban yang aku sebut tadi. Nama tuan dia Sepol. Si Sepol takde kat rumah. Dia keluar pergi ambik bini dia balik keje. So kitaorang buat macam reban sendiri pergi tengok ayam-ayam dia. Mamat ni sorang lagi yang aku respek. Reban dia cun gila. Ada lebih 500 ekor ayam kampung. Ayam belanda pun banyak. Mengikut cerita Adi, ribu-ribu jugak si Sepul habis buat reban. Haih.. Aku dah tak sabar nak balik kampung buat projek ayam.


Pukul tujuh kitaorang gerak balik Shah Alam. Sekian cerita saya untuk hari ini.


Posted at Thursday, July 16, 2009 by blokdrive
Comments (4)  

Tuesday, July 14, 2009
Rumah Kulim Hitech




Alhamdulillah aku dapat menyewa di Taman Kulim Hi-tech. Jarak perjalanan ke tempat kerja Puan Munirah tak sampai pun lima kilometer. Lima minit perjalanan ala-ala makan angin. Tak sia-sia tiga minggu berturut-turut aku meronda cari rumah sewa. Dapat jugak kawasan yang diidamkan.


Aku ada baki tiga hari lagi bersama UMW dengan title enjinear. Minggu depan aku kena identify title baru samaada penganggur, penoreh getah, penternak ayam atau petani.


Ini cubaan pertama aku. Dengan taktau berapa harga pasaran anak pokok pisang, selamba ja aku iklan. Kalau ada orang nak, jenuh la aku nak korek anak pisang. InsyaAllah setakat dua ribu anak pokok pisang memang ada dalam kebun bapak aku. Bab nak korek je tak tau aku boleh korek sorang ke tak.







Posted at Tuesday, July 14, 2009 by blokdrive
Comments (7)  

Friday, July 10, 2009
Balik Kampung Lagi



Malam ni balik kampung lagi. Lama ahh tak jumpa Puan Munirah. Dah empat hari. :) Tiket bas tengahari nanti baru nak pi beli.


Tinggal lagi empat hari lagi untuk aku menabur bakti dekat UMW. Semalam bos mintak aku extend sampai hujung bulan. Dia nak bayar RM130 sehari based on gaji sekarang. Mintak maap encik Bos.  Saya nak balik kampung.


Lori nak angkut barang dari Shah Alam ke Kulim dah dapat. RM200 only. Gila murah. Kebetulan aku dapat lori yang nak hantar barang dari sana ke sini.  Bajet aku RM400. So, Puan Munirah mintak aku bayar lebih sikit kat abang drebar tu. Hold dulu kerja angkut barang. Rumah sewa kat Kulim takde lagi. Korang ada rumah sewa kat Kulim?


Penyewa rumah kat Bukit Jelutong pun dah dapat. Laki bini kawan Puan Munirah. Tuan rumah mintak aku carikan penyewa baru pasal kontrak aku menyewa setahun. Kalau tidak, burn deposit. Ampes betul. Lepas aku bagitau dah dapat penyewa, baru dia nak buat baik balik dengan aku. Siap plan nak bawak aku jumpa bapak dia kat Seremban. Bapak dia ni Datuk-apa-ntah, pencen, dan sekarang dok buat projek ayam, itik, kolam ikan kat ladang keluarga depa. Kaya dia nih. Tanah berpuluh ekar. Ada banglo sebijik nilai berjuta dekat Ampang Point. Bapak dia ni aku dah masukkan dalam list untuk projek jual beli tanah masa aku kat kampung nanti.


Semalam aku pergi opis lama aku untuk ucap selamat tinggal sambil ushar-ushar peluang bisnes. Sakan diaorang sekarang. Dah buat joint venture denga Pos Malaysia. Kalau korang terjumpa kedai yang dikacuk antara Pos Malaysia dan TM Point, dia lah tu. So, sekarang, selain daripada jual produk TM aku jugak boleh jual produk Pos Malaysia. Sapa nak pos barang, boleh cari aku.


Balik dari Seri Kembangan, lepak dengan vendor aku pulak. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku, aku akan jadi installer di bahagian Utara untuk satu company buat VOIP dan Discounted Calls. Minggu depan sign agreement. Aku mintak mamat Vendor aku tu ejas untuk maintain ISDN line kat Kulim dengan provider yang satu lagi pulak. Kalau dapat yang ni memang masyuk. Waktu yang sama, aku handle installation dan maintenance untuk company sekarang. Kira lepas ni, aku pulak jadi vendor untuk vendor aku tu. Senang cakap, dia pulak bagi job order kat aku instead aku yang bagi kat dia. Paham? Haha.. Lantak lah..


Sembang punya sembang, aku dapat tau mamat vendor aku ni background Electronik. Tak pasal-pasal dia dipaksa rela buat mesin penetas telur ayam automatik (inkubator) untuk aku. Yang ada banyak orang jual sekarang yang jenis manual. Letih arr nak pusing telur ayam sehari tiga kali. Kalau ada yang automatik senang sikit. Cukup tiga minggu, telur jadi anak ayam.


Semalam jugak aku bagi copy IC Fauzi Ali kat vendor aku tu. Cerita Fauzi Ali ada di
sini, sini, sini dan sini. Encik Vendor aku ni dulu lagi nak tolong aku. Tapi aku kan dah report polis. Polis pun senyap je macam takde buat apa-apa. Tiba-tiba semalam encik Vendor tu tanya aku apa cerita kes rumah aku dulu. Dia nak cari mamat tu. Biar lah. Aku takde rugi apa-apa pun. Duit memang takde dah nak boleh dapat balik.


Besok balik kampung aku ingat nak survey pasaran limau kasturi. Macam best je. Dengar cerita tanam seratus pokok boleh dapat dua tiga ribu sebulan. Kalau betul, tambah lagi satu projek. Projek ikan puyu aku kena kensel pasal tanah aku time hujan lebat akan tenggelam.


Jumpa lagi hari Selasa depan. Isnin aku cuti. Bye Bye.



Posted at Friday, July 10, 2009 by blokdrive
Comments (6)  

Wednesday, July 08, 2009
Pengumpulan Kumpulan



Semalam ada aktiviti makan-makan sambil borak-borak di Pak Li Seksyen 18 Shah Alam bersama budak-budak yang aku kenal melalui blog. Lama ahh tak jumpa diorang ni. Dua makin bulat, dua makin ringan dan satu maintain (aku).


Tadi pagi, masuk je opis terus aku bukak balik gambar kali pertama berjumpa dan keluar sama-sama ke Chiling. Tarikhnya 13 Julai 2008. Huhu.. Macam mesyuarat agung tahunan pulak. Semalam takde gambar. Mari kita layan gambar tahun lepas.
























Posted at Wednesday, July 08, 2009 by blokdrive
Comments (14)  

Thursday, July 02, 2009
Lompatan Pantai Timur






Boleh lompat macam ni kira tak la gemuk sangat kan?



Walaupun pada hari selasa 30 Jun 2009 bacaan meter penimbang adalah 68.5 kg. Walaupun semua seluar dah tak boleh nak button.


Gambar diambil di tepi jalan on the way ke Jerteh Terengganu pada 27 Jun 2009.


Posted at Thursday, July 02, 2009 by blokdrive
Comments (11)  

Wednesday, July 01, 2009
Cerita Transformers



Waktu habis kerja pukul lima setengah. Sekarang sudah hampir enam setengah. Kalau dulu berebut nak balik awal, sekarang rasa malas gila nak balik rumah.


Sekejap lagi pergi Sunway Piramid. Layan Transformers dengan geng-geng sependakian. Habis movie, pergi lepak-lepak, makan-makan, harap-harap sampai tengah malam. Lagi lama lepak lagi aku suka.


Sebelum balik rumah kena sembahyang Isyak dulu. Harap-harap sampai rumah nanti, ngam-ngam masuk rumah, aku terus mengantuk sampai tahap tak sempat nak tukar baju. Tak kisah kalau tak mandi pun. Sedar-sedar je dah Subuh. Mudah-mudahan.



Posted at Wednesday, July 01, 2009 by blokdrive
Comments (6)  

Next Page